Thursday, 2 May 2013

Kisah Duka yg xkn Aku lupakn Smpai Hujung Nyawa

Di suatu malam yang hening, hujan turun dengan lebatnya.. aku sndiri lena di ulit mimipi yang indah.. tanpa ak sedari, bahawa sesuatu buruk yang berlaku.. aku terdengar sayup-sayup namaku di panggil seseorang.., "Nana..nana..nana"... ku ingat hanya lah dalam mimpi.. makin lama aku dengar , makin kuat suara itu memanggil ku..aku rasa seolah-olah aku kenal suara yang memanggil ku itu.., rupa2nya, ibu serta adik-adikku yang memanggilku.., aku segera bangkit dari tidur ku..,lalu pergi menuju pintu utama di rumahku.. dalam keadaan yang mamai kerana bau bangun dari tidur, aku terus mengikut ibuku pergi ke rumah ibu saudaraku.. aku bingung dengan apa yang terjadi..aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di saat itu.. dalam keadaan yang terpinga-pinga, aku hanya menurut kata ibuku saja.. setelah beberapa minit menuggu, akhirnya ibuku mengajak aku masuk ke dalam kereta.. katanya, ingin pergi ke rumah nenekku.. aku hanya mampu menurut sahaja..

Setibanya ku di rumah nenekku, aku di suruh pergi ke ruang tamu untuk tidur.., di saat itu,aku ternampak ibu saudaraku sedang membentang katil.., lalu aku bertanya,." bibik, bibik bentang untuk sape??, untuk pkcik jemi erk??.., ibu saudarku menjawab.., " eh, tak lah..ini tuk tilam ayah ko la.." tersentak aku di buatnya.., namun aku masih juga dalam kebingungan.. setelah itu, aku beransur pergi meninggalkan tempat itu, lalu aku menuju ke tempat yang telah di sediakan untuk tidur.., di malam, aku tidak dapat melelapkan mata..puas juga  aku cuba untuk tidur..tapi tidak dapat juga,...akhirnya, setelah beberapa lama kemudian., aku terlelap..

Pada keesokkan harinya, aku bangun dari tidur..aku melihat ramai orang di ruang tamu.. aku bangun lalu menuju ke tempat tersebut.. alangkah terkejutnya aku.. aku melihat sekujur tubuh yang amat aku kenali.. aku telah melihat ayahku sedang berbaring,, ku sangka kan ayahku sedang tidur.. aku cuba mengejutkannya..namun tidak juga bergerak.. aku melihat ke sebelah kiri ayahku..,adikku sedang menangis.. aku bertambah bingung..aku tidak faham ape yang telah terjadi.. lama-kelamaan, akhirnya aku faham juga.., ayahku telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.., dia pergi tanpa sempat aku merasakan secebis kasih sayang.. aku sungguh terkilan..sehingga kini, aku masih merindui abah..aku tersangat rindu kan abah...aku inginkan abah di sampingku..,

No comments:

Post a Comment