MALAY
MARTIAL ART
( CSE 1022 )
TAJUK :
TOKOH SILAT
( TOK GURU SYED MUSTAFFA KAMAL BIN SYED SOFFIAN
JAMALULLAIL)
NAMA :
NORHANA BINTI MOHD HAN
NORHANA BINTI MOHD HAN
NO I/C :
930802-10-5244
930802-10-5244
NO MATRIK :
1131703
1131703
NAMA PENSYARAH :
DR. MUHAMAD NIZAM B. MOHAMED SHAPIE
DR. MUHAMAD NIZAM B. MOHAMED SHAPIE
Isi Kandungan
- Pengenalan
- Latar Belakang Pak Tuan
- Perguruan
- Pengalaman Mengajar
- Kesimpulan
- Rujukan
PENGENALAN
1.0. PENDAHULUAN
:
Silat merupakan satu kesenian Melayu yang
berfungsi sebagai seni mempertahankan diri. Pada masa lampau, silat merupakan
satu kegiatan yang dilakukan pada masa lapan. Namun pada hari ini, pengetahuan
tentang silat seakan-akan sudah di telan dek zaman, kerana kebiasaannya,
silat hanya dipersembahkan ketika upacara-upacara perkahwinan, perasmian
sesuatu upacara, pertandingan silat dan sebagainya.
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah
satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan
sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak
dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk
mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam.
Selain itu, silat juga telah tersebar luas
sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7M, tetapi asal-usulnya masih lagi
tidak mendapat kepastian dan penjelas yang sebenarnya. Meskipun, silat ini
telah di akui sebagai seni Melayu asli.
Orang Melayu yang telah menetap di
bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Acheh di utara
Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan merupakan mereka yang mengamalkan
silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah
mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan itu.
Apabila Islam telah disebarkan sepanjang Nusantara
abad ke-14M, ia diajar di samping dengan silat. Selain seni bertarung dan
tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.
Tambahan
pula, mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pengajar atau
guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan
digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakkan guru silat kini menolak gelaran
‘maha’ hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat
yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan merendah diri.
Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar
( atau menyembunyikan kemahiran mereka ), berkemahiran tinggi dan ada di
antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar Guru Tua dan amat di hormati.
Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar Pendekar.
Seni mempertahankan diri ( Silat ) ini juga
telah banyak di perhalusi mengikut ciri keistimewaan Sultan, panglima dan
pendekar sewaktu empayar Kesultanan Melayu Melaka dan Srivijaya. Orang Melayu
telah menganggap cerita lagenda Hang Tuah pada abad ke-14M, sebagai Bapa Silat.
Kesimpulannya, silat adalah suatu yang
sangat unik dan hebat dalam seni mempertahan kan diri. Ia haruslah dipandang
tinggi dan dipelajari dari kecil lagi kerana silat merupakan suatu wadah untuk
membebasakn diri daripada sesuatu.
LATAR BELAKANG TOKOH SILAT
( TOK GURU SYED MUSTAFFA KAMAL B.
SYED SOFFIAN JAMALULLAIL )
Syed Mustaffa Kamal bin Syed Soffian Jamalullail merupakan Pengasas Sendeng Kerabat. Guru ini turut di kenali dengan panggilan Pak Tuan. Beliau telah dilahirkan di Alor Setar, Kedah iaitu pada 7 Disember 1985. Beliau anak kedua dalam enam adik-beradik.Nama ayahda beliau ialah Syed Soffian Jamalullail bin Syed Hamid. Manakala, nama bonda beliau pula ialah Tunku Fauziah Binti Tunku Abdullah iaitu cucunenda kepada Almarhum Abdul Hamid ( Sultan Kedah )
Beliau
telah berkahwin dengan isterinya iaitu Tunku Shahariah Binti Tunku Yusoff yang
merupakan cucuanda kepada Tengku Yusof bin Tengku Kassim. Semua keturunan
beliau termasuk yang bergelar Duli Yang Amat Mulia yang boleh menggenggam
senjata terlibat bertempur di medan perang menentang Siam yang hendk
memperluaskan kuasa pada masa itu.
Sebelah
bonda, ayahanda Pak Tuan adalan anak saudara kepada Sultan Kedah. Nmaun beliau
tidak mengulas lebih panjang kerana zaman penjajahan Inggeris, Siam dan Jepu
kerana pelbagai isu tidak molek berlaku atas kepentingan dan keinginan
penjajah.
Pak
Tuan mula melibatkan diri dengan ilmu persilatan ketika usia 16 tahun iaitu
ketika masih bersekolah di Maktab Sultan Abdul Hamid. Katanya, “ Anak-anak
Melayu masa itu bersemangat tinggi. Bila silat dapat masuk sekolah tanpa kira
aliran apa, orang-orang seperti saya terus menyertainya”.
PERGURUAN
2.1: PERGURUAN DI ZAMAN SEKOLAH
Sejarah
kerabat Pak Tuan dengan apa yang diceritakan oleh beliau, bahawa semua
keturunan beliau termasuk yang bergelar Duli Yang Amat Mulai mengenggam senjata
dalam pertempuran dalam menentang Siam yang hendak memperluaskan jajahannya.
Beliau mula melibatkan diri dengan ilmu
persilatan pada ketika usia 16 tahun iaitu ketika masih bersekolah dengan
menyertai silat di Maktab Sultan Abdul Hamid. Beliau pada mulanya menyertai
silat Gayong di Maktab Sultan Abdul Hamid. Selepas tamat pengajian
persekolahan, beliau menyambung mempelajari silat di gelanggang Halalintar
sebelum Silat Gayong Lanang di Tanjung Bendahar, Alor Setar, Kedah.
Beliau mempelajari silat Gayong di
sekolahnya terdahulu bersama seorang guru yang digelar dengan panggilan ‘cikgu
Manaf”. Manakala Halalintar dan silat Gayong Lanang di pelajari bersama seorang
guru yang lebih dikenali “Pak Omar daging”. Gurunya di gelar dengan panggilan
begitu kerana tok gurunya menjual daging di pasar Alor Setar.
Menurut beliau, menuntut ilmu persilatan
Halalintar dan silat Gayong Lanang lebih kepada ilmu kebatinan. Beliau kurang
berminat mempelajarinya namun beliau tetap menghadiri pelajaran tersebut dua
kali seminggu. Beliau juga turut mengambarkan Pak Omar adalah seorang yang
tertib dan berbadan tegap. Pak Omar akan memperkemaskan kepada pergerakan silat
badan iaitu apabila bergerak, diperbetulkan cara gerak itu.
2.2 : PERGURUAN DI ZAMAN PEKERJAAN
Bermula
ketika Pak Tuan bekerja di salah sebuah syarikat di Malaysia. Ketika bertugas
di syarikat itu, Pak Tuan berkunjung ke Tanjong tokong kerana menemani rakannya
yang bernama Bakri untuk berlatih silat.
Bertemu
dengan guru tua yang berilmu dan berpengalaman ibarat menemui sebuah perigi.
Percakapan Pandak Darus sering menjadi daya tarikannya. Niat awal ke Tanjung
Tokong sebagai peneman rakan namun menemui guru silat Bakri telah menukarkan
minat kehadiran.
Pandak
Darus pula seorang yang peramah kerana sering menegur dan bertanya termasuk
pengalaman Pak Tuan dalam silat dan siapa guru beliau. Kelakuan dan tingkah
laku Pandak Darus telah membuatkan Pak Tuan terpikat dengan silat beliau
apabila Pandak Darus menerangkan kepada beliau bahawa permainnaya tiada
tangkapa, tepisan, kuncian dan permainan kaki.
Beliau
juga telah menerima cabaran secara tiba-tiba dari Pandak Darus. Apabila Pak
Tuan berdiri dihadapan Pandak Darus dan menyerang. Tidak sampai tiga saat
berdiri, Pak Tuan telah terpelanting dengan hanya satu pukulan di dada.
Permainan
yang ditunjukkan oleh Pandak Darus menarik minat Pak Tuan kembali terfikir
bahawa pergerakkan yang ditunjukkan oleh Pandak Darus lebih menjrus kepada
praktikal dan jurus kepada kombat.
Akhirnya,
beliau kembali menuntut ilmu persilatan bersama Pandak Darus dan turut diikuti
oleh rakan-rakan beliau. Selama 10 hari mereka menuntut asas pergerakkan yang
dinamakan alif-alif dan dimulakan dengan tiga buah iaitu Buah Tiga, Buah Satu,
dan Buah Dua dan dikhatam dengan Buah Dua. Tiga pergerakkan ini adalah
berdasarkan fasalsafah yang memerlukan mereka memahami dan mengguna praktikal
apa yang difahami iaitu dalam cara penyampaian
Konsep permainan silat itu bermula dengan
persahabatan, kata beliau seperti orang yang dating itu umpama api yang tidak
boleh dipadamkan begitu sahaja. Api yang dilambangkan oleh beliau ialah Musuh.
Namun menurut beliau, konsep yang digunakan oleh guru beliau lebih mendekati
konsep perdamaian.
Setelah 10 hari menuntut ilmu persilatan di Tanjung
Tokong, beliau meneruskan pelajaran di kediaman Pandak Darus di Sungai Manik,
Perak. Pak Tuan menuntut selama dua tahun dengan Pandak Darus yang tidak ambil
lagi pelajar-pelajar selain beliau. Nama permainan Pandak Darus ialah Sendeng
Mat Kucing Hitam. Nama itu diambil sempena nama seorang guru yang digelar Mat
Kucing Hitam.
PENGALAMAN MENGAJAR
Setelah
tamat menuntut ilmu persilatan dengan Pandak Darus, beliau berhajat untuk
meneruskan ilmu persilatan itu dengan mengajar. Pak Tuan mengakui bahawa beliau
tidak pernah mendapar pertauliahan yang rasmi untuk mengajar. Namun Pandak
Darus member keizinan kepada beliau untuk mengajar.
Menjadi
guru ada dugaannya dan satu cabaran yang dilalui oleh Pak Tuan apabila beliau
bertemu dengan seorang kerabat Megat Terawih yang ditemui secara tidak sengaja.
Megat Terawih meminta beliau menunjukkan permainan silat yang pernah dipelajari
dari pandak Darus. Namun Pak Tuan enggan menunjukkan kepada beliau.
Setelah
didesak beberapa kali oleh Megat Terawih, akhirnya beliau menunjukkan pukulan
sepertimana beliau kena dengan guru beliau. Akan tetapi, guru tersebut tidaklah
tersungkur kerana Pak Tuan telah mengawal tangannya. Pak Tuan juga tidak
mengetahui samaada guru tersebut menemui gurunya atau tidak.
Pak
Tuan juga mempunyai sejarah tersendiri dalam membuka gelanggang. Ia berlaku
apabila seorang pesilat dari anak guru silat berhajat untuk mengetahui
permainan beliau. Ia berlaku awal 90-an, selepas kena tangan Pak Tuan, pesilat
itu terus bersalam dan cium tangan serta memohon untuk menjadi anak murid.
Anak
pertama kemudian membawa rakan-rakan untuk belajar sekali. Selepas setahun
mengajar, Pak Tuan menjadi tawar hati untuk terus mengajar apabila mengetahui
permainan yang telah diajar disalah guna.
Permainan
yang dipekenalkan oleh Pak Tuan adalah berasal dari orang masjid iaitu dari
imam. Yang menerima permainan silat ini perlu menghayati sejarah dana tahu
tertib atau adab sikap apabila membawa ilmu Silat Sendeng Mat Kucing Hitam.
Selepas
3 tahun berlalu, Pak Tuan telah bertemu dengan seorang guru yang sangat
terkenal di Pulau Pinang yang bernama Sheikh Zainal Abidin atau lebih dikenali
sebagai “PakCik” di dalam laman social Facebook.
Mereka
sering bertemu dan berbincang mengenai perkembangan dan pembangunan silat.
Akhirnya, Pak Tuan telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Silat Tua Pulau
Pinang yang diasakan oleh guru Sheikh Zainal Abidin.
Beliau
kembali aktif dan mengajar silat. Namun, setelah beberapa lama kemudian nama
perguruan beliau ditukar kepada Silat Sendeng Kerabat apabila keluarga Pandak
Darus juga turut mengajar permainan sendeng ini di Pulau Pinang. Ini adalah
disebabkan untuk mengelakkan kekeliruan dan permainannya dari apa yang saya
belajar dari Pandak Darus. Di Langkawi , beliau telah mengajar di rumah di
Kuala Melaka dan gelanggang yang di buka oleh telah berusia lebih 3 tahun.
KESIMPULAN
Dari berbagai tajuk yang sudah saya jelaskan dalam isi
laopran di atas, dapat disimpulkan bahawa sebagai seorang pelajar , kita
haruslah sentiasa mendalami dan mengetahui tentang sejarah took-tokoh silat
yang membawa dan sentiasa mengekalkan ilmu persilatan di dunia.
Seperti yang saya jelaskan pada awal laporan di atas,
adalah penting untuk kita mengetahui sejarah dan perkembangan ilmu silat. Ini
adalah disebabkan ilmu silat dan tokoh yang membawa harus diingati dan
disanjungi sehingga akhir zaman agar ilmu persilatan yang pada asalnya dibawa
oleh kaum dan bangsa Melayu kita ini, tidak ditinggalkan dan dilupakan. Bak
kata pepatah, biar mati anak, jangan mati
adat.
Akhir
sekali, kita sebagai bangsa Melayu haruslah sentiasa memartabatkan kebudayaan
kita dengan cara memahami dan mendalami ilmu persilatan. Disamping itu juga
kita haruslah sentiasa berusaha untuk menyebarkan dan mengembangkan ilmu
persilatan ini di mata dunia.
1. Zainal Abidin Shaikh Awab dan Nigel Sulton, “Silat Tua (The Malay Dance of Life)”, Azlan Ghanie (M), 2007, Kuala Lumpur
2. Anwar Abdul Wahab , “Silat Perkembangan Kurikulum Silat Melayu Tradisi dan Pembentukkan Kurikulum Malaysia Moden”, AMN Sdn Bhd, 2009, Kuala Lumpur
3. Azlan Ghanie, Pak Tuah, 3saat Terpelanting, Majalah Seni Bela Diri, Pusat Seni Bela Diri, Julai 2007, Kuala Lumpur
4. Azlan Ghanie, tembak Hancur Kemaluan Komunis ( Sulong Bin Ngah)- Guru Silat Tari Terengganu, Majalah Seni Bela Diri, Pusat Seni Bela Diri, Julai 2007, Kuala Lumpur
5. Pengenalan Silat, 2013, Dr Muhamad Nizam bin Mohamed Shapie, http://pusatcemerlangsilat.com/category/silat-article/, 2011
6. Muzik silat baku Malaysia, 2011, http://silatmelayu.com, 2011
LAMPIRAN
Pak Tuan |
OFFICIAL SITE: http://pusatcemerlangsilat.com
Syed sofian ibni syed hamzah bukan syed hamid
ReplyDeleteSaya ada dengar sendeng mat guru asal haji ibrahim.kalau boleh saya nk tahu lagi info tentang sendeng mat ini.masa saya dengar info ini saya ada digelanggang sendeng mat di sungai chenaam dari seorong pak guru yang yang mengajar silat ini namanya paksu tan.
ReplyDeleteYang ada kat sungai Chenaam namanya Pak guru Pak Su tan,,mengajar sendeng kucing hitam
DeleteSungai chenaam kawasan nibong tebal dan lokasi gelanggang tu dalam perkampungan chenaam
ReplyDeletePernah menuntut dgn paksu tan di sg chenaam
ReplyDeleteSaya salah seorang anak murid beliau ..iaitu paksu tan sg acheh .. beliau mengajar sendeng kucing hitam ...dari warisan Allahyarham pakndak darus
DeleteSalam perguruan dari kami sendeng kucing hitam nibong tebal utk dihubungi 0194934301
ReplyDeleteAssalammualaikum...saya tetarik dgn silat nie seakan sama dgn apa yg Ayah saya ajar
ReplyDeleteMula jalan Alip alip,pukul surung,luar dalam.betui mmg x dak tepis atau kunci...dah tu belajar x pakai baju..dlm gelap plak tu
ReplyDeleteTapi x tau nama silat tu dgn tepat..yg tau sendeng..ja ayah saya bgtau dulu belajar di juru beguru dgn Pandak darus...dan sorang lagi guru saya dah lupa
ReplyDeleteDijuru arwah pakmat kampung Dan mat Jah ...
Delete